Monday 26 May 2014

PERKONGSIAN MINAT : MODEL YAHOOO 1998..

Okay harini gua nak share sikit tentang kulit baru (actually set lama lusuh pulak tu) jentera gua yang berwarna merah sebagaimana lagu "Def Gab C - Merah" tu ahahaha.. Actually gua belum siapkan sepenuhnya jentera gua untuk menjadi Yahooo tulen.. Masih ada certain part masih berasal dari part The Boss 1996.. Pelan-pelan kayuh walaupun season sikit-sikit janji original dan banyak lagi yang perlu dipelajari dengan otai-otai rxz di negara kita tentang pembikinan Yahooo ini.. "Original Itu Indah"













Wednesday 30 April 2014

Standby ride to to pangkor..

Ini hanya sekadar berkongsi cerita dan minat yang sama dalam dunia motorsport malaysia ^^



Alright untuk harini aku nak kongsi pasal persiapan konvoi steelheart racing ke pangkor tahun baru 2014.. sedikit sparepart original aku beli walaupun mahal dan tak banyak kuantitinya..







Okay barang2 dah settle.. now tinggal ready nak ride jela kan? haha ada satu malam minggu tu 5 hari sebelum konvoi new year nak launching aku terlibat dalam satu kemalangan dekat seksyen 13 shah alam.. memang sedih lah cerita dia time tu dan tapi aku tahu ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku, duit habis banyak, coverset aku yang dijaga rapi calar dan tank dah kemik sikit, fering depan retak.. haihhh puas member2 pujuk aku untuk attend jugak konvoi tu dengan menumpang mereka tapi apakan daya right? luka pun bersepah dan lambat kering.. so aku pun tolak tawaran dan tak pergi laa.. wokey, aku nak share gambar yang aku sempat snap lepas accident time tu.. belah tank aku tak sempat snap tau haha..







Ini lah hasil barang2 original yang cuma retak sahaja dan kalau lokel confirm pecah berderai dah agaknya.. and so, the moral of the story dia.. jangan seronok sangat bila atas highway/mana2 jalan tu.. beragak dan berhati-hati lah.. haha so lepasni nak berkonvoi boleh tapi motor tu dan owner2 sekalian kena duduk rumah seminggu sebelum gerak eah hehe ;-)




Tuesday 29 April 2014

Aku punya suka..

Okay aku nak story pasal benda alah ni.. ini lah harta paling berharga yang aku idam-idamkan dari kecil hingga lah ke besar panjang sekarang.. haha actually tenggiling nih adalah antara jenis kenderaan turun-temurun dari pakcik2 aku lagi sampai lah ke aku yang mempunyai sebuah hasil titik peluh aku sendiri.. apa yang specialnya tenggiling ni adalah pembuatannya yang dah hampir  24 tahun sejak tahun 1986 pengeluaran first hinggalah tahun 2012 last tenggiling jenis ni dikeluarkan oleh kilang yamaha.. 

Tenggiling aku beranak tahun 1997 and so sekarang ni dah 18 tahun lah umur dia kikiki.. dari segi bentuk yang elegan dan style malah ranggi gitu membuatkan aku jatuh hati dengan dia haha.. and the last one, yang paling tak boleh diterima akal sesetengah orang yang sparepart original untuk tenggiling ni dah mencecah ribuan ringgit dari sekecil skru sehinggalah cover set, kerana pengeluaran untuk sparepart originalnya sudah tidak dikeluarkan kilang yamaha lagi (ramai seller dah sebat dulu semua stock kat hong leong yamaha).. alright thats all sedikit pengenalan untuk jentera yang diberi nama YAMAHA RX-Z 135cc  :)





Poster untuk pelanggan review colour yang available dan specs (1997-The Boss)


Followers